Monday, October 1, 2012

lidah kelu

biar bahasa ku baku
asalkan jgn hati ku kaku.

makin hari lidah 'klatey' ku kelu
kerana hidupku brsama mereka selalu
yg brbahasa baku..

hanya itu alasanku~


p/s: sori buat teman rapatku yg pelik dgn bhs 'baruku'
      #muhasabahcutisummer#


 
mereka yg d pihak yg benar...=)

Saturday, May 5, 2012

petunjuk buatku, rahmat dariNya..

Lisboa,Portugal (february 2012)


apakah nikmat yang paling besar itu Islam dan Iman??
atau adakah bila bukak mata dari tidur , dalam hatimu tetap merasakan Allah itulah Tuhanku Yang Esa..itulah nikmat yang kurasakan paling besar..
sesungguhnya apa yg dirasakan itu bukanlah hanya kata hatimu..
   
 tapi itulah rahmat dari Tuhanmu..


p/s buat diri: xkan nk bukak mata jer..apasalahnya bangun bertahajjud..~  =)

Friday, March 11, 2011

bebuih di lautan..o0oo0


Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”


panorama pantai batu buruk,terengganung

Thursday, February 10, 2011

1st: Niat

Niat itu amalan hati...stiap perbuatan mesti d sertakan dgn niat..kerana niatlah yg menentukan penerimaan sstau amalan d sisi Allah... dan niat pula perlu selari dgn perbuatan baru dapat keredhaanNya..insyaAllaah~

notes from heart: biarlah niatku utk mmulakan blog ini suci..sesuci bunga orkid putih..~
~keranaMu Ya Allah~
Posted by Picasa